Poster boy Umno tidak boleh mereka yang ‘over’ perasan dan lembik – Puad

Poster boy Umno tidak boleh mereka yang ‘over’ perasan dan lembik – Puad .AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat parti itu tidak memerlukan “poster boy” bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Mohd Puad berkata, poster boy yang dicadangkan sebelum ini tidak lagi relevan dan boleh menjadi “senjata makan tuan”.

“Umno tidak memerlukan lagi poster boy untuk PRU ke 15. Kini ia tidak lagi relevan. Ia boleh jadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.

“Walaupun sudah ada keputusan, tetapi kalau sudah jadi liabiliti, elok batalkan sahaja poster boy. Manusia bernyawa mudah difitnah jika jadi poster boy.

Poster boy Umno tidak boleh mereka yang ‘over’ perasan dan lembik - Puad

“Justeru, lagi baik logo BN dijadikan poster boy. Benda tak bernyawa memang sukar untuk difitnah. Lagi pun logo BN telah sebati kepada rakyat,” katanya dalam satu hanatraan di Facebooknya, hari ini.

Tegas Mohd Puad lagi poster boy mestilah dalam kalangan mereka yang kuat pegangannya dan tidak lembik.

“Poster boy tidak boleh mereka yang ‘over’ perasan dan lembik. Harapkan pagar, pagar makan padi,” tambahnya lagi.

Sebelum ini BN menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy parti itu bagi menghadapi PRU15.

Bagaimanapun bekas ahli MKT Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ia bukan jaminan untuk Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya BN menang PRU15.

BACA:

Dari Volswagon Passat ke Proton Perdana 2nd hand, doktor ini tak kisah kerana…

Selepas Najib masuk penjara, Zahid luah perasaan