Politik Malaysia masih dipenuhi muka-muka lama, bila nak berubah?

Politik Malaysia masih dipenuhi muka-muka lama, bila nak berubah?

Nama-nama pemimpin politik ini saya sudah baca kat surat khabar sejak saya sekolah menengah lagi. Sekarang saya sudah ada cucu. Masih lagi nama-nama mereka:

1. Mahathir
2. Najib
3. Anwar
4. Muhyidin
5. Hadi
6. Lim Kit Siang
7. Tengku Razaleigh

Masa saya sekolah dulu saya ingat nama dua orang Presiden Amerika ialah Ronald Reagan dan Jimmy Carter. Di UK Perdana Menterinya ialah Margaret Tatcher. Di Indonesia, Suharto.

Di Filipina, Marcos. Di India, Indra Ghandi. Singapura Lew Kuan Yew. Di Jepun, Nakasone. Di Mesir, Anwar Sadat.

Hari ni dalam pentas politik dunia orang tak sebut dah nama-nama ni semua. Mereka sudah terlalu usang. Ramai yang dah mati pun. Tapi di Malaysia masih lagi dengan nama-nama yang sama memenuhi ruang akhbar bicara pasal politik negara.

Nampak tak betapa lambatnya politik negara kita nie bergerak. Macam dah tak ada orang lain.

Bayangkan kalau Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam, dan Mokhtar Dahari masih lagi main bola … tak ke haru namanya.

Sumber :

Nama-nama pemimpin politik ini saya sudah baca kat surat khabar sejak saya sekolah menengah lagi. Sekarang saya sudah…

Posted by Jamzuri Ardani on Monday, October 19, 2020

COMMENTS