Polis Thailand cekup ahli perniagaan Malaysia berkait aktiviti judi online

Polis Thailand cekup ahli perniagaan Malaysia berkait aktiviti judi online. Seorang ahli perniagaan Malaysia ditahan di Thailand kerana didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram hasil aktiviti perjudian dalam talian.

Bangkok Post melaporkan, Teow Wooi Huat, dikenali sebagai Tedy, ditahan di ibu pejabat syarikatnya, MBI Group di Dan Nok berhampiran sempadan daerah Sadao awal pagi semalam.

Penolong Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn, berkata Tedy, 55, didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dikaitkan dengan aktiviti perjudian dalam talian di selatan Thailand.

Penahanan itu dibuat selepas penyiasat meneliti bukti hasil serbuan di sebuah pusat perjudian dalam talian di Songkhla, Nakhin Si Thammarat dan beberapa wilayah Selatan yang dikaitkan dengan Tedy.

Ahli perniagaan Malaysia itu menubuhkan MBI Group, yang beroperasi sebagai kompleks Hiburan, termasuk resort di Dan Nok.

Polis Thailand cekup ahli perniagaan Malaysia berkait aktiviti judi online

MBI International Sdn Bhd turut menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia.

Suspek sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2017 atas kesalahan dadah.

Namun, tidak diketahui apa berlaku terhadap pertuduhan itu dan bagaimana dia melepasi sempadan ke Thailand serta menjalani gaya hidup mewah.

Di Malaysia, Tedy dianggap sebagai ‘Jho Low 2’, iaitu perancang utama penyelewengan wang berbilion dolar daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seperti Jho Low, Tedy berasal dari Pulau Pinang dan dikenali sering bercampur dengan golongan selebriti.

Berdasarkan laporan dikeluarkan South China Morning Post, Tedy dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.

Polis percaya Tedy bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan di Macau yang menipu orang ramai untuk melabur wang mereka dalam syarikat yang tidak wujud.

Menurut polis, pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand selain melabur dalam mata wang kripto.

BACA:

Nyanyi semula lagu nyanyiannya, ini pesan Siti Nurhaliza

Video tular ibu pukul anak dengan penyapu, ini reaksi Lufya

Sarah Hildebrand tinggalkan dunia artis, bakal sertai tentera Amerika?