Polis siasat dakwaan pegawai kanan SPRM dera pembantu rumah

Polis siasat dakwaan pegawai kanan SPRM dera pembantu rumah

Polis siasat dakwaan pegawai kanan SPRM dera pembantu rumah. Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penderaan melibatkan seorang warga asing yang juga merupakan pembantu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Pegawai kanan berkenaan telah pun kita panggil dan siasatan berhubung perkata tersebut ko juga sedang dijalankan pihak polis.

Tangkap layar dakwaan tersebut yang tular di laman sosial.

Pegawai

“Kita telah panggil pegawai kanan tersebut untuk menyiasat dakwaan tersebut dan keterangannya diambil bagi membantu melengkapkan siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed turut mengesahkan telah menerima laporan membabitkan insiden itu.

Terdahulu, tular di laman sosial media dakwaan berlakunya satu kejadian penderaan melibatkan pembantu rumah wanita warga Indonesia oleh seorang pegawai kanan SPRM.

Wanita berkenaan dikatakan telah dipukul, dikurung, didera serta tidak dibayar gaji oleh pegawai kanan.

Wanita tersebut akhirnya berjaya melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian

Sumber :kosmo

Baca : Lamborghini ‘menjunam’ ke dalam tasik

COMMENTS