Polis sahkan aksi ‘wrestling’ dua wanita ini kerana berebut jantan

Polis sahkan aksi ‘wrestling’ dua wanita ini kerana berebut jantan

Polis sudah menahan kumpulan remaja yang memukul seorang remaja perempuan sehingga video kejadian tular kelmarin.

Seramai 10 individu berusia 14 hingga 17 tahun ditahan polis selepas mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat lelaki tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.

“Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil.

“Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi arahan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan merusuh.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan dipukul tiga remaja lain dengan ditolak sebelum disepak berkali-kali.

Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, mangsa tidak melawan dan menerusi audio kedengaran bahawa rakaman itu tidak akan disebarkan sebaliknya hanyalah untuk mengugutnya.

Berita penuh : https://negaramerdeka.com/update-video-polis-sahkan-pergaduhan-berpunca-dari-berebut-jantan/

COMMENTS