Polis Melaka tunda 26 kereta di ubahsuai pelancong

Polis Melaka tunda 26 kereta di ubahsuai pelancong

Polis Melaka tunda 26 kereta di ubahsuai pelancong.Keseronokan 26 individu melancong ke negeri ini dengan sebahagiannya turut membawa ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak tidak berpanjangan apabila kereta dinaiki ditunda ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua kenderaan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik selain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, hasil pemeriksaan, sebanyak 55 saman dikeluarkan membabitkan 26 buah kereta yang telah dibawa ke IPK Melaka.

“Kita telah mengadakan beberapa operasi berasingan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak 8 Disember lalu dan hasil serbuan sebanyak 26 buah kereta ditahan atas pelbagai kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pihak polis telah mengeluarkan 30 saman ke atas pemilik kenderaan terbabit manakala JPJ sebanyak 25 saman,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ negeri, Mohamad Firdaus Shariff dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Osman.

Baca :Gadis tak yakin pemandu lori ada masa depan, sekali lelaki tunjuk payslip terus nak “getback”

Tambahnya, antara kesalahan dilakukan termasuklah mengubah suai enjin, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ekzos bising.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang ditahan merupakan pelancong luar termasuk dari Terengganu, Perak, Kedah, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

“Semasa penahanan dibuat ada di antara mereka ini datang melancong bersama ahli keluarga termasuk membawa isteri dan anak-anak selebihnya konvoi bersama rakan-rakan.

“Satu kumpulan kereta jenis Proton Satria turut ditahan ketika sedang menginap di sebuah rumah inap desa di Sungai Putat di sini,” katanya.

Baca :Kisah asal usul nama ‘Google’ yang kita guna setiap hari

COMMENTS