PM beri bayangan PKP akan diadakan kembali jika

PM beri bayangan PKP akan diadakan kembali jika

Pm beri bayangan PKP akan diadakan kembali.Perdana Menteri memberi bayangan tidak mustahil kebebasan yang diberikan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditarik balik sekiranya kes Covid-19 terus meningkat ditambah dengan kemunculan varian baharu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu seluruh rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 termasuklah dalam kebimbangan penularan varian baharu.

“Waktu saya umum PKP 1.0, hanya 347 kes dan kita beri janji kepada rakyat apabila kita buka negara, kita tidak akan tutup semula membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, sebab itulah yang boleh memastikan PKP tidak dikenakan semula adalah kita sendiri iaitu mematuhi setiap SOP diperkenalkan.

Tidak mustahil PKP akan diadakan kembali -PM
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di sini, hari ini.

“Jadi kita bimbang, kita sudah kata kerajaan janji tidak akan ada PKP lagi tetapi kalau kes meningkat sukar untuk kita mengekalkan keadaan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Menurutnya, peningkatan kes yang berlaku di luar negara seperti England yang merekodkan sehingga 70,000 kes sehari disebabkan kegagalan pematuhan SOP perlu dijadikan pengajaran.

Justeru katanya, selain pelaksanaan vaksin, pematuhan SOP ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal perlu terus diamalkan di seluruh negara bagi memastikan kes Covid-19 yang kini merekodkan purata 4,000 kes terus menurun.

Sementara itu beliau berkata, pelaksanaan vaksin berjaya dilaksanakan di negara ini apabila mencapai 97.2 peratus individu yang menerima dua dos suntikan sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terbaik dalam pemberian vaksin Covid-19.

Katanya pemberian vaksin kepada golongan muda berumur 12 hingga 18 tahun juga dilaksanakan dengan 86 peratus individu telah menerima dua dos suntikan selain suntikan dos penggalak giat dilakukan pada masa ini.

Baca :(video)Banjir, buaya naik sampai jambatan Linggi

COMMENTS