PKR Perak nasihati Faizal Azumu bermuhasabah diri

PKR Perak nasihati Faizal Azumu bermuhasabah diri

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihatkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini supaya bermuhasabah diri.

“Saya juga ingin nasihatkan Peja (Ahmad Faizal) untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Farhash, Adun Perak telah menunjukkan semangat kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat dengan menolak menteri besar Perikatan Nasional (PN) itu.

Malah, katanya, usul dari Pengkalan Baharu, Abd Manaf Hashim yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan PN tidak ada keabsahan.

“Ketika ini kita dilanda wabak Covid-19 maka jika pilihan raya negeri diadakan ia hanya akan memudaratkan rakyat. Namun apa yang jelas adalah Peja telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri.

“PKR Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepda kebajikan rakyat tidak terabai,” katanya.

Dalam sesi pagi tadi, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553759

COMMENTS