PKPB seluruh negeri : Yang salah menteri, yang derita rakyat

PKPB seluruh negeri : Yang salah menteri, yang derita rakyat

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Kenaikan kes di Lembah Klang bukan petanda kegagalan PKPB.. Sudah sudah lah Dr Noor Hisham mengikut hawa nafsu dan tunduk kebodohan Menteri dan Perdana Menteri… Jelas Segala apa yang berlaku ianya jelas dari salah tindak tanduk,Polisi dan SOP Kerajaan sendiri bukan Rakyat.. Mengapa perlu mangsakan rakyat..

Bagi aku perlaksanaan PKPB Seluruh Negara ini satu bentuk pembodohan dari Kerajaan.. Sekali lagi perlaksanaannya dilakukan secara drastik.. Hari ini umum..Lusa dah laksana..ramai hari ini yang kelam kabut mengambil anak dari Sekolah dan Asrama yang jauh dari tempat mereka..

Tidak pernah Belajar dari kesilapan…Sudah lah Perlaksanaannya dibuat tergesa gesa, Hatta tanpa dibuat sebarang bentuk pengumuman bantuan bersasar.. Bagi kakitangan Kerajaan..depa seronoklah..Cutilah setahun pun..gaji tetap jalan..Bagaimana dengan keluhan ramai yang aku tengok di Facebook..Mereka bakal hilang pendapatan..

Bagi aku lakukan secara berperingkat..cukuplah sekolah ditutup buat sementara, dan aktiviti Ekonomi terus hidup dikawasan Kuning, atau kes dibawah 20 kes.. Mana boleh 1 Negeri depa buat PKPB.. Kalau Sabah itu bukan hanya PKPB.. Tapi wajib PKP… Bagi Negari selain lembah Klang, Cukuplah kawal pergerakan merentas daerah…

Sebagai Contoh Perak.. Betul semalam kes Meningkat..Tetapi ia hanya melibatkan Kluster Asrama dan Sekolah Agama.. Dari 37 kes dilaporkan di Perak.. 36 Kes berlaku di Asrama..Cukuplah PKPN di Kuala Kangsar dan Padang rengas.. Ini yang berlaku masa wujud kluster Penjara di Alor Star dan Sivagangga…

Aku Harap pemimpin PH kena ada keberanian membantah tindakan PKPB secara semberono ini…Sepatutnya fokuskan kepada kawasan hanya melibatkan kawasan yang berlaku ledakan dan jangkitan dalam masyarakat..

Di Jepun mereka dah belajar hidup dalam persektaran Covid-19… Malangnya di Malaysia.. Kerajaan senagaja nak cetuskan panik..Takda keperluan pun.. Bila yang Gagal itu PM tebuk atap..yang Salah Pak Mail tebuk atap..Jangan dera dan Mangsakan Rakyat..

Ipohmali

Sumber :

COMMENTS