Pintu Masjid Tuanku Mizan dibuka 11.45 pagi untuk Solat Jumaat

Pintu Masjid Tuanku Mizan dibuka 11.45 pagi untuk Solat Jumaat

Pintu Masjid Tuanku Mizan dibuka 11.45 pagi untuk Solat Jumaat.Susulan kekecohan yang tular menerusi media sosial minggu lalu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 hanya membuka pintu utama bermula 11.45 pagi.

Menerusi hantaran berbentuk infografik dalam akaun sosial rasmi Facebook, ia merujuk waktu permulaan untuk jemaah boleh mula masuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Ia berkuat kuasa esok namun had maksimum untuk solat tersebut masih kekal 300 orang manakala jemaah bagi lima waktu solat fardu yang lain ialah 100 orang.

Difahamkan sebelum itu, pintu utama dibuka bagi menerima kemasukan jemaah Solat Jumaat ialah pukul 11 pagi dan lazimnya ia penuh sejam kemudian seperti Masjid Putra di Presint 1.

Hantaran itu turut memaklumkan bahawa semua jemaah mestilah lengkap menerima dua dos vaksin selain membawa sejadah sendiri bersaiz besar dan memakai pelitup muka.

Masjid Tuanku Mizan

Jemaah juga perlu mengimbas daftar masuk aplikasi MySejahtera dan mengamalkan had jarak minimum 1.5 meter di samping mencuci tangan dengan bahan sanitasi semasa masuk.

Prosedur operasi standard (SOP) dirangka Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut membenarkan kehadiran remaja 12 tahun dan ke atas.

Jumlah maksimum 300 jemaah itu untuk solat Jumaat sudah diwartakan sejak 9 Julai yang turut melibatkan Masjid Wilayah Persekutuan dan tiga buah masjid dikendalikan Jakim meliputi Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dibuka pada 2009 lalu itu dengan mampu memuatkan kapasiti 20,000 jemaah.

Sementara lapan masjid zon dibenarkan 100 orang manakala 80 masjid kariah dan 115 surau berkebenaran Solat Jumaat di tiga Wilayah Persekutuan itu dihadkan kepada 50 orang.

BACA: 5 Barang Hotel Yang anda Boleh rembat Bawa Balik

Pada Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memaklumkan akan sedia berbincang dengan semua mufti negeri berhubung isu had jemaah hadir.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/solat-jumaat-pintu-masjid-tuanku-mizan-dibuka-11-45-pagi/

COMMENTS