Piala Dunia Qatar 2022 dicemari dengan dadah

Piala Dunia Qatar 2022 dicemari dengan dadah

Piala Dunia Qatar 2022 dicemari dengan dadah. Qatar mengumumkan kes pertama rampasan dadah pada kejohanan Piala Dunia, termasuk ubat penahan sakit tramadol yang sering digunakan dalam bola sepak.

Pihak kastam di lapangan terbang antarabangsa Hamad mengesan penyeludupan sejumlah 1,990 pil tramadol dan 464.5 gram ganja, sehari selepas kejohanan bermula.

Bahan larangan itu ditemui apabila pegawai kastam memeriksa beg penumpang yang disyaki, menurut pihak kastam dalam satu kenyataan.

Piala Dunia Qatar 2022 dicemari dengan dadah

Penumpang berkenaan, yang kerakyatannya tidak dinyatakan akan didakwa di mahkamah.

Qatar menjangkakan lebih sejuta peminat akan datang ke negara Teluk itu untuk menyaksikan kejohanan yang akan berakhir pada 18 Disember depan.

Agensi Anti-Doping Dunia akan memasukkan tramadol, dalam senarai larangan mereka bermula tahun 2024.

Tramadol sudah diharamkan dalam sukan berbasikal.

Bekas penjaga gol Liverpool, Chris Kirkland tahun ini dilaporkan berkata, penggunaan tramadol secara berlebihan hampir meragut nyawanya.

BACA:

Ryzal teruk dikecam netizen kerana muat naik gambar ini waktu mengundi

Spesies kuang yang pupus 140 tahun lalu ditemui masih hidup

Wanita ini nekad tinggalkan kerjaya hebat untuk jual nasi lemak, ini puncanya