PH pertaruhkan bekas Pengarah SPRM jadi calon Parlimen Sik

PH pertaruhkan bekas Pengarah SPRM jadi calon Parlimen Sik. Bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan, Datuk Latipah Md Yatim, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sik.

Beliau antara 14 calon yang diumumkan pada Majlis Pengisytiharan Calon PH Kedah yang diadakan di Bandar Laguna Merbok di sini, malam tadi.

Latipah yang berasal dari Jeneri berkata, beliau membesar dengan melihat kesusahan penduduk Sik yang kebanyakannya hanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Saya berasal dari keluarga susah, ayah hanya bekerja sebagai peniaga pasar malam bagi menyara dan membesarkan kami 15 adik -beradik.

“Sehingga hari ini, saya masih sedih melihat nasib penduduk Sik. Andai diberi peluang, saya ingin membantu mengubah nasib masyarakat yang rata-ratanya masih dibelenggu kemiskinan,” katanya.

PH pertaruhkan bekas Pengarah SPRM jadi calon Parlimen Sik

Turut diumumkan sebagai calon adalah Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, yang bakal bertanding di Parlimen Jerai.

Bagaimanapun, tiada nama calon PH diumumkan bagi Parlimen Langkawi yang setakat ini menyaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesahkan akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya berpuas hati dengan senarai yang diumumkan termasuk pembabitan calon muda yang pertama kali bertanding.

“Satu sahaja kerusi tidak diumumkan lagi iaitu calon PH di Parlimen Langkawi, saya jangka kita akan mengumumkannya dalam tempoh sehari dua lagi.

“Kita percaya kehadiran ramai calon muka baharu dan anak muda serta bekas pegawai kanan kerajaan, mampu memberi keyakinan pengundi kepada PH,” katanya.

Senarai calon PH di Kedah

1. Jerlun – Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali

2. Kubang Pasu – Aizuddin Ariffin

3. Padang Terap – Muaz Abdullah

4. Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar

5. Alor Setar – Simon Ooi Tze Min

6. Kuala Kedah – Dr Azman Ismail

7. Pendang – Datuk Zulkifly Mohamad

8. Jerai – Zulhazmi Shariff

9. Merbok – Nor Azrina Surip

10. Sik – Datuk Latipah Md Yatim

11. Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari

12. Baling – Johari Abdullah

13. Padang Serai – M Karupaiya

14. Kulim Bandar Baharu – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

BACA:

Lelaki hilang ketika jalan kaki dari Sepanyol ke Qatar, nak tengok piala dunia

Lelaki pengsan dapat tahu nilai jam Rolexnya cecah RM3.3 Juta, dulu beli RM1.5K je

2 isteri orang dicekup berselingkuh dengan ‘mat bangla’ dalam bilik hotel