Pesawat Air France Dari Beijing-Paris Dilapor Berpatah Balik, Penumpang Dakwa Dengar Bunyi Letupan

Pesawat Air France Dari Beijing-Paris Dilapor Berpatah Balik, Penumpang Dakwa Dengar Bunyi Letupan

Pesawat Air France Dari Beijing-Paris Dilapor Berpatah Balik, Penumpang Dakwa Dengar Bunyi Letupan.Satu kejadian letupan didakwa telah berlaku di dalam pesawat Air France AF393 pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) sejurus selepas berlepas dari Beijing.

Menurut ciapan Shanghai Daily di Twitter, bunyi letupan dan asap hitam berlaku di bahagian belakang kabin pesawat itu.

Difahamkan, pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Paris.

Bagaimanapun, tiada penumpang yang tercedera di dalam kejadian itu.

Pesawat itu juga telah berpatah semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sekitar jam 4 pagi dan penumpang akan menaiki penerbangan yang lain untuk ke Paris hari ini.

Setakat ini, punca kemalangan tersebut masih lagi tidak diketahui.

 Pesawat

BACA: (Video) Abang Polis Menangis Hiba, Dapat Tahu Mak & Ayah Terpaksa Ditidurkan Kerana COVID-19

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/18/terkini-pesawat-air-france-dari-beijing-paris-dilapor-berpatah-balik-penumpang-dakwa-dengar-bunyi-letupan-asap-keluar-dalam-kabin/

BACA: Kenapa Adam adli memilih PKR bukannya Muda,ini penjelasanya

COMMENTS