Pesan ayam goreng, sekali yang sampai amat mengejutkan

Pesan ayam goreng, sekali yang sampai amat mengejutkan

Seorang wanita di Filipina mendakwa menu ayam goreng yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera rupanya mengandungi tuala goreng ranggup, lapor portal Newsweek semalam.

Alique Perez memuat naik berhubung insiden itu dalam akaun media sosialnya.

Perez memberitahu, dia memesan ayam goreng itu dari restoran makanan segera Jollibee di Taguig, melalui perkhidmatan penghantaran makanan Grab.

Menurutnya, dia sukar Perez memotong makanan yang disangka ayam goreng itu untuk anaknya.

Apabila dia merobek lapisan tepung goreng yang menyaluti permukaan makanan itu, dia sangat terkejut kerana mendapati ia bukanlah isi ayam sebaliknya sehelai tuala pengelap berwarna biru yang disalut tepung dan digoreng.

“Perbuatan ini sangat menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam,” tulis Perez di laman Facebook bersama gambar dan video.

“Sebelum ini, saya merasakan semua kejadian kotor yang dilihat di media sosial adalah lakonan semata-mata namun sekarang saya sedar, ia sememangnya boleh berlaku,” katanya.

Tambah Perez, dia tidak dapat membayangkan minyak tuala goreng itu digunakan berulang kali untuk pesanan pelanggan lain dan mungkin mencemari hidangan mereka.

Catatan Facebook wanita itu sehingga kini telah dikongsi lebih 72,000 kali.

Bagaimanapun, Perez tidak memberikan sebarang perkembangan mengenai tindakannya selepas menerima pesanan itu atau sama ada pihak Jollibee telah membuat sebarang permohonan maaf dan membayar ganti rugi kepadanya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/03/pesan-ayam-goreng-dapat-tuala-celup-tepung/

COMMENTS