Pesakit strok kena sidai 2 jam nak tukar kad bank, terpaksa heret masuk

Pesakit strok kena sidai 2 jam nak tukar kad bank, terpaksa heret masuk. Kecoh di media sosial, seorang warga emas yang sudah uzur terpaksa dibawa masuk ke dalam bank sambil didukung oleh orang awam demi memperbaharui kad pengeluaran wang automatik (ATM).

Menerusi video yang dimuat naik oleh anak kepada warga emas itu di laman TikToknya, dia meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan pihak bank kepadanya yang dianggap tidak mempunyai timbang rasa.

“Kau menyusahkan satu orang tua yang tak boleh jalan. Kau bayangkan kalau orang tua tak ada keluarga macam aku, tak ada anak macam mana dia nak tukar kad untuk keluarkan duit?
“Betul-betul dahsyat. Aku ini pun nasib baik ada orang tolong,” luahnya

Bukan itu sahaja, sebelum hadir ke bank, wanita terbabit telah memaklumkan kepada pekerja bank mengenai keadaan ayahnya yang tidak boleh berjalan akibat strok dan berharap ada kaedah lain untuk menukarkan kad dengan lebih mudah.

Pada awalnya, pihak bank mengatakan dia perlu membawa ayahnya itu ke bank dan boleh menunggu di dalam kereta.

Pesakit strok kena sidai 2 jam nak tukar kad bank, terpaksa heret masuk

Bagaimanapun, perkara yang disebaliknya berlaku dimana pekerja berkeras supaya ayahnya perlu dimasukkan di dalam bank untuk proses urusan tersebut.

Jelasnya lagi, dia terpaksa menunggu selama dua jam untuk berurusan dengan pihak bank tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan kekecohan antara mereka.

“Sekarang saya dah bawa masuk bapa saya dalam bank. Dua jam datang sini tunggu dalam kereta macam orang b*d*h tau. Ini (call) centre Kuala Lumpur cakap lain, sini cakap lain. Macam mana prosedur ni? Menyusahkan orang tua,” katanya.

Dalam pada itu, wanita terbabit memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila berurusan dengan sebuah bank yang lain bagi tujuan yang sama.

“Pegawai bank tu datang rumah saya bawa (mesin) biometrik untuk ambil cap jari bapa saya. Selebihnya diuruskan di bank,” tambahnya lagi.

@nizaabdghanisape yg keje center cimb. mcm ne korang punya attend customer. procedure HQ tak sama dengan branch!! korang ni center sub con ke ???♬ original sound – Niza Abd Ghani

BACA:

Ayda Jebat luah perasan, “saya pernah rasa kena hina dengan juri”

Hadi dakwa isytihar harta satu kebodohan

Sharifah Sakinah nak ‘try’ Meerqeen, “kakak suka, jom couple”