Pernah selamatkanya, Penguin sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki ini

Pernah selamatkanya, Penguin sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki ini. Kasih Penguin..sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki yang selamatkannya. Pada sekitar bulan Mei 2011, takdir telah menemukan Joao Pereira de Souza dengan seekor penguin yang sangat comel.

Souza menjumpai haiwan mala4ng itu dalam keadaan yang hampir m4ti, terper4ngkap dalam tumpahan minyak di sebuah pantai di Rio de Janeiro, Brazil tidak jauh dari rumahnya.

Kasihan melihat keadaan penguin yang sudah tidak berdaya itu, Souza mengambil keputusan untuk selamatkanya dengan membawanya pulang ke rumah. Pesara berusia 75 tahun itu berusaha merawat haiwan tersebut dengan mencuci kotoran minyak yang melekat pada tubuh penguin tersebut.

Sepanjang tempoh menjaga penguin itu, Souza selalu memandikannya dan memberi ia makan ikan sardin setiap hari. Beliau menjaga haiwan itu dengan membenarkan ia tinggal bersamanya selama berbulan-bulan sehinggalah penguin itu benar-benar pulih sepenuhnya.

Pernah selamatkanya, Penguin sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki ini

Sejak itu, secara tidak langsung telah terbentuk ikatan persahabatan antara Souza dengan penguin yang dipanggilnya dengan nama Dindim.

Kasih Penguin..sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki yang selamatkannya

Nama Dindim itu muncul apabila cucu Souza yang berusia dua tahun tidak boleh menyebut nama penguin dengan betul. Sebaliknya, si kecil itu akan mengucapkan ‘dindim’ setiap kali memanggil haiwan tersebut. Sejak itu, Souza sekeluarga memanggil penguin tersebut dengan nama Dindim.

Souza sewaktu diwawancara pihak media dahulu berkata, dia suka menjaga Dindim dan seronok berdampingan dengan penguin tersebut. Rasa kasihnya pada haiwan itu tidak ubah seperti sayangnya kepada anak sendiri.

Menariknya, penguin itu juga tidak selesa apabila didampingi oleh orang lain. Ia sering menunjukkan reaksi tidak senang apabila ada orang cuba mendekatinya, kecuali hanya dengan Souza, Dindim menjadi mesra.

Selepas 11 bulan menjaga haiwan itu dan Dindim sudah benar-benar sihat, dengan berat hati Souza melepaskan haiwan kesayangannya itu untuk kembali ke habitat semula jadinya.

Pada bulan Februari 2012, Souza membawa Dindim ke pantai dan mereka berpisah di situ. Selepas perpisahan itu, Souza menyangka dia tidak akan bertemu lagi dengan Dindim.

Tetapi pada bulan Jun tahun yang sama, Souza terkejut apabila mendengar suara keras Dindim dari belakang rumahnya. Alangkah gembira hati lelaki itu apabila mendapati Dindim kembali ‘melawatnya’.

Sejak itu, Dindim selalu datang melawat Souza dan penguin itu sanggup berenang merentasi lautan sejauh beribu-ribu kilometer semata-mata ingin menemui Souza, orang yang pernah menyelamatkan nyawanya dahulu.

Seperti biasa, ia akan tiba menemui sahabatnya itu pada bulan Jun setiap tahun dan menghabiskan masa selama berbulan-bulan sebelum kembali ke habitat asal pada bulan Februari, tahun berikutnya.

Dindim merupakan seekor penguin Magellan, daripada spesies Spheniscus magellanicus. Di seluruh dunia, terdapat 16 spesies penguin. Salah satu daripadanya ialah penguin Magellan.

Ia diberi gelaran sedemikian bersempena nama Ferdinand Magellan, seorang penjelajah Portugis, yang mana orang pertama melihat spesies penguin itu pada tahun 1520.

Lazimnya, haiwan ini banyak hidup di Amerika Selatan. Namun, ia turut dilaporkan berkembang biak di pantai Argentina, Chile dan Kepulauan Falkland. Sebahagiannya juga dilaporkan berhijrah ke Brazil dan dapat dijumpai sehingga ke Rio de Janeiro.

Ahli biologi mengatakan bahawa penguin memang terkenal sebagai haiwan yang sangat setia dan tinggal bersama pasangan yang sama sampai ke akhir h4yat. Penguin juga cenderung untuk kembali ke tempat yang sama setiap tahun untuk menghabiskan musim panas.

BACA:

Zul Huzaimy berucap nak sembelih orang bukan islam atas pentas PAS

Muhyiddin dedah Anwar tawarnya jadi TPM

Fasha Sanda dikecam sambut Holloween dengan anak pakai baju ‘syaitan’