Permohonan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi PEMERKASA Plus

Permohonan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi PEMERKASA Plus

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang diumumkan dalam PEMERKASA PLUS kini dibuka untuk permohonan.

Syarikat kredit terlibat boleh mengemukakan permohonan kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP), milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

RM1 bilion diperuntukkan bagi skim berkenaan.

Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia

Kerajaan akan menyediakan 50 peratus jaminan ke atas kemudahan kredit sewa beli yang disusun semula untuk pengusaha bas dan teksi yang layak.

Jaminan diberikan sehingga sembilan tahun dengan yuran jaminan 0.5 peratus setahun.

Yuran jaminan untuk tahun pertama akan dikecualikan.

Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)

Dengan jaminan kerajaan, pengusaha bas dan teksi akan mendapat moratorium pinjaman selama 12 bulan dan lanjutan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Pengusaha bas dan teksi yang berminat perlu menghubungi syarikat sewa beli, syarikat kredit atau syarikat sewa masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang tertera atau hantarkan pertanyaan melalui e-mel berikut Laman sesawang: www.sjpp.com.my E-mel: esjpp@prokhas.com.my

COMMENTS

Exit mobile version