Permohonan Najib hadir sidang dewan di tolak

Permohonan Najib hadir sidang dewan di tolak

Permohonan Najib hadir sidang dewan di tolak. Jabatan Penjara menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini atas alasan faktor keselamatan.

Perkara itu disahkan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib hari ini.

Muhammad Shafee berkata, Jabatan Penjara menolak permohonan anak guamnya untuk hadir pada prosiding dewan rakyat yang dibuat oleh pihaknya pada 19 September lalu kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

“Jabatan Penjara membalas permohonan itu dan tidak benarkan atas alasan keselamatan… saya rasa sangat pelik kerana sebenarnya Parlimen lagi selamat dari mahkamah kerana di bangunan ini (mahkamah), beliau terdedah kepada orang awam. Jika beliau ke tandas, ia adalah tandas awam.

“Bagaimana boleh ada isu keselamatan di Parlimen? Di sana ada ada pengawal keselamatan sendiri, penjara dan polis pula akan memastikan keselamatan tambahan kepadanya.

Permohonan Najib hadir sidang dewan di tolak

“Oleh kerana permohonan ditolak, kami membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, dan menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Jika esok pada jam 12 tengah hari kami masih tidak menerima sebarang jawapan, kami akan failkan semakan kehakiman untuk membetulkan kesilapan yang dibuat oleh penjara melalui keputusannnya itu,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya bagaimanapun perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi sebelum boleh memulakan semakan kehakiman.

Sementara itu, Muhammad Shafee menegaskan Najib masih lagi seorang Ahli Parlimen dan sepatutnya diberikan hak untuk hadir pada sidang parlimen yang turut akan mendengar pembentangan Bajet 2023 Jumaat ini.

Katanya, Ahli Parlimen Pekan itu juga sepatutnya diberikan hak untuk berjumpa pembantu politik atau dibenarkan melawat kawasannya.

“Perkara kedua, kami ada memberitahu penjara bahawa sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu, sepatutnya pembantu politik boleh melawatnya untuk mendapatkan arahan mengenai apa yang perlu dilakukan supaya rakyat di kawasan itu mendapat perkhidmatannya, kalau tidak mereka tiada ahli parlimen yang berfungsi.

“ketiga, ini mungkin lebih sukar untuk diuruskan, tetapi tidak mustahil, iaitu sekali-sekala beliau selagi seorang ahli parlimen, sepatutnya boleh diiring ke kawasannya untuk mendengar keluh kesah penduduk. Kemudian beliau boleh mewakilkan kerja kepada pembantunya bagi mendapatkan penyelesaian atau mungkin memberikan bantuan,” katanya.

BACA:

Ini 5,496 lokasi banjir di seluruh Malaysia

Veteran UMNO dedah Zahid Hamidi punyai isteri kedua?

‘Berpeluh juga nak jawab soalan kapal LCS ni’ – Timb Menteri Pertahanan