Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai Hari Ini

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai Hari Ini

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai Hari Ini.Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka selama sebulan mulai hari ini (1 Jan) sehingga 31 Jan 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Pada masa sama, penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada 2021.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Data tersebut merangkumi:

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;
Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;

Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

BKM 2022 : Tambahan RM500 utk Ibu/Bapa Tunggal

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada Ibu atau Bapa Tunggal yg mempunyai pendapatan kurang RM2500 dan tanggungan anak,

  1. 2 orang ke bawah : RM2000
  2. 3 orang ke atas : RM2500

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada Ibu atau Bapa Tunggal yg mempunyai pendapatan di antara RM2501 hingga RM5000 dan tanggungan anak

  1. 2 orang ke bwh : RM1100
  2. 3 orang ke atas : RM1300
  3. Tambahan RM300 utk Ibu/Bapa Tunggal Warga Emas 60 Tahun ke atas.

Cara Memohon
Layari: https://bkm.hasil.gov.my/https://bkm.hasil.gov.my/ dan lengkapkan butiran diri

Baca :Ini Profil Dan Fakta Menarik Dato’ Sri Mahadi Yg Ramai Tak Tahu

 

COMMENTS