Perjumpaan dengan MetMalaysia, Agong tidak bincang PRU15 rupanya hanya minta pandangan…

Perjumpaan dengan MetMalaysia, Agong tidak bincang PRU15 rupanya hanya minta pandangan…

Perjumpaan dengan MetMalaysia, Agong tidak bincang PRU15 rupanya hanya minta pandangan… Tiada perbincangan lanjut mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa cakna terhadap kesejahteraan rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata demikian ketika ditanya sama ada sesi sembah taklimat di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) kepada Yang di-Pertuan Agong tadi, menyentuh soal persiapan pelaksanaan PRU15.

“Baginda hanya minta pandangan isu ini secara biasa bukan (sebab) PRU namun sebab kita memang berdepan Monsun Timur Laut, tiada perbincangan selanjutnya,” katanya.

Perjumpaan dengan MetMalaysia, Agong tidak bincang PRU15 rupanya hanya minta pandangan…

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke PRABN, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Ampang di sini, bagi meninjau sendiri persiapan dan kesiapsiagaan bagi negara berdepan musim banjir di seluruh negara.

Hadir sama ialah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Sementara itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menekankan berhubung penempatan kakitangan kesihatan yang mencukupi di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) sepanjang musim banjir.

Beliau berkata, pihaknya turut mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perancangan sekiranya fasiliti kesihatan awam dilanda banjir.

BACA:

Rakyat Malaysia dedah nyaris ‘dijual’ sindiket, warga tempatan bantu..

Umur baru 34, rupanya ini kerja gadis ini sampai mampu ada helikopter dan bank sendiri

Panas !!! Menteri PN hantar surat ke Istana, perkara ini mungkin berlaku