Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan ATM bantu tangani krisis bekalan air di Kedah

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan ATM bantu tangani krisis bekalan air di Kedah

Syabas PBAPP Penang bersama ATM Bantu Perkhidmatan Air Di Kedah..

Skuadron yang terdiri daripada 26 anggota 60 RAJD (AW) dari Pulau Pinang kini menjalankan projek kerja-kerja air kecemasan di Kedah.

Daripada 26 anggota 60 RAJD Pulau Pinang, 24 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) manakala dua yang lain dari pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) wilayah utara.

PBAPP juga telah menghantar lori tangki air 5,000 liter, 2 van dan sebuah kenderaan 4WD ke Kedah.

Latihan kerahan untuk berkhidmat (LKUB) ini adalah sebagai respons kepada permohonan bantuan daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), operator bekalan air Kedah, kepada Tentera Darat Malaysia (Markas Tentera Darat, atau MTD).

SADA telah memohon pengaktifan 60 RAJD untuk menjalankan kerja pemasangan paip kecemasan dan pengagihan bekalan air.

Bersama skuadron RAJD lain dari Kedah, Pahang dan Selangor, skuadron Pulau Pinang akan melakukan kerja pemasangan paip berikut di Kedah, dalam tempoh dari 21.3.2021 hingga 4.4.2021:

• Pemasangan saluran paip air 180mm sepanjang 1km di Kampung Tanah 100 di Daerah Kota Setar;

• Pemasangan saluran paip 125mm sepanjang 50m di Kampung Risda di Gurun;

• Pemasangan paip air 125mm sepanjang 200m di Kampung Anak Ikan, Bukit Selambau, untuk menggantikan paip lama yang pecah.

• Pemasangan saluran paip 125mm sepanjang 150m di Kampung Bukit Chengal, Pendang; dan

• Pemasangan saluran paip air 180mm sepanjang 450m di Kampung Bendang Bukit, Pendang.

Operasi ini juga merangkumi penghantaran lori tangki air untuk mengagihkan air terawat kepada pengguna yang terjejas di Gurun, Merbok, Tg. Dawai, Semeling dan Sg. Lalang

.
Ini adalah misi “muhibah” di mana PBAPP telah bersetuju untuk mengerahkan anggota dan asetnya untuk membantu rakyat di Kedah yang memerlukan bantuan bekalan air segera.

Sumber:

COMMENTS