Penyewa tinggalkan istimewa buat tuan rumah

Penyewa tinggalkan istimewa buat tuan rumah

Penyewa tinggalkan istimewa buat tuan rumah. Penyewa dari neraka.

Itu gelaran yang diberikan oleh orang ramai kepada penyewa rumah seorang lelaki yang didapati meninggalkan sebuah rumah sewa dalam keadaan yang sangat kotor.

Menerusi hantaran di Facebook Khirmanullah Ae, dia terkejut sebaik sahaja mendapati rumah yang disewakan itu ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus dipenuhi sampah sarap dan bangkai kucing.

“Semoga dikurniakan hidaya. Selalu terbaca penyewa dari neraka. Kali ini saya alami sendiri, Allahuakbar. Yang penting sabar je lah.

“Dari tiga bulan lepas asal nak datang rumah ini penyewa beri seribu satu alasan. Nak bagi kita masuk. Tapi dapat juga masuk, memang tahu penyewa ada bela kucing,” katanya.

Katanya, waktu meninjau rumah itu, keadaannya memang kotor dan berbau busuk.

“Sebelum ini pun dia punya kotor jangan cakaplah, nasi SOP kena pakai ‘mask’ jadi tidaklah bau sangat. Kalau tidak, boleh hilang selera makan.

“Selepas sebulan yang lalu kita bagi notis penyewa untuk keluar dan kosongkan sebab rumah ini saya dah jual. Memang agak liat dia nak keluar, macam-macam alasannya,” jelasnya.

Selepas memberi pelbagai alasan, penyewa tersebut akhirnya keluar dari rumah tersebut tetapi, rumah itu ditinggalkan dalam keadaan yang menjijikkan.

“Kasihan kucing itu, kalau dah tak boleh bela lepaskan. Sampai tinggal tulang pun ada, Allahu. Macam mana hidup nak berkat,” katanya.


Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penyewa tersebut yang dikatakan bukan sahaja pengotor malah berlaku kejam terhadap haiwan.

“Ya Allah. Kalau tak mampu nak bela, jangan bela. Baik dapat pahala jadi dapat dosa. Kesiannya. Kita dekat rumah bela lapan ekor kucing, bila keluar jauh mesti upah orang berikan makan,” kata Khairul.

Penyewa

“Bukan manusia ni. Macam mana dia boleh hidup macam tu?,” soal Ajib.

“Hilang kata-kata. Sihat atau tak penyewa ini, atau ada masalah mental? Sebab itu penting jadi pembersih, pergi mana-mana pun terjaga,” kata Mala.

Baca: Kereta “king jalanan” dipandu wanita masuk sawah

COMMENTS