Penunggang Agama di India vs Penunggang Agama di Malaysia

Penunggang Agama di India vs Penunggang Agama di Malaysia

Penunggang Agama di India vs Penunggang Agama di Malaysia.

Apa yang berlaku di India bukan isu terpencil. BJP memang selama ini menunggang sentimen ‘ketuanan Hindu’ untuk meraih sokongan politik bagi menjadi parti pemerintah di India.

Isu pokoknya ialah menunggang sentimen agama dan bangsa untuk kepentingan politik kelompok. Majoriti pengundi India mengundi BJP kerana sentimen ini. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di India tetapi di seluruh dunia.

Sebelum ini Donald Trump juga pernah berjaya memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dengan menunggang sentimen yang lebih kurang sama. Sentimen ketuanan agama dan bangsa menjadi teras naratif kempen politiknya.

Fenomena ini berupaya membunuh demokrasi sekiranya tidak dibendung. Langkah Sheraton dulu pun temanya ialah ketuanan agama dan bangsa dan ia berjaya mempersetankan mandat rakyat yang dijelmakan pada PRU14.

Maka itu, mungkin ini juga antara sebabnya kerajaan Malaysia hari ini malu-malu untuk mengecam keceluparan BJP India.

Pemimpin kerajaan tidak punya ‘moral standing’ untuk mengecam naratif politik ketuanan agama dan bangsa kerana mereka juga adalah penganut tegar naratif politik seperti itu.

 

*** Ini adalah pandangan peribadi penulis di FB Jamzuri Ardani

 

BACA JUGA :

Isu hina Nabi : Balas dengan cara muzakarah, wacana

Antara sawit dan hina Nabi, Pas faham ke isu ni?