Pensyarah ini dedah kisah gelap dalam dunia ahli akademik di Malaysia, “semuanya toksik..”

Pensyarah ini dedah kisah gelap dalam dunia ahli akademik di Malaysia, “semuanya toksik..”. Ada yang mesej tanya saya kenapa saya kata kerja ahli akademik di Malaysia ni generally toksik, jadi di sini saya senaraikan pemerhatian saya berdasarkan pengalaman

1. Tumpang orang lain punya paper- bonceng gratis

2. Pegang post by any means supaya KPI lain direndahkan dan tak perlu cuba capai, jadi sebaik mungkin nak stay di post sedia ada dan tak turun takhta

3. Taking Control over kemudahan di universiti sebab nak polok research dan publish sorang-sorang – contoh lab/makmal yang tak boleh dikongsi dengan pensyarah lain

4. Tak boleh tengok ada new talent- rasa terancam susah naik pangkat dan pegang post – jadi cari cara untuk discredit (in my case buat surat layang supaya diberhentikan kerja)

Pensyarah ini dedah kisah gelap dalam dunia ahli akademik di Malaysia, "semuanya toksik.."

5. Guna kabel politik untuk naik pangkat sedangkan tak ada bakat- bakat yang ada hanya menjilat.

6. Tin kosong- banyak cakap dan suka claim credit tapi tak buat sgt pun.

7. Naikkan minions sendiri supaya kekal berkuasa – dah susun succession plan siap-siap supaya orang-orang dia sahaja yang naik.

8. Tak reti berkolaborasi sebab KPI very individualistic – contoh macam author untuk paper boleh claim 2 atau 3 orang sahaja max ataupun corresponding author sahaja. Sama juga dengan geran. CO-PI tak diiktiraf.

9. Mengajar buat biasa-biasa (chalk and talk) sebab ia mandatori buat semua- jadi student tak faham dalam kelas pun itu salah student- pensyarah sibuk nak kejar KPI lain yang lebih rewarding.

10. Student-student PG jadi kuli batak SV- paper millers sampai ada yang sanggup tipu data untuk publish work- kalau tak publish, tak grad. Kadang-kadang jumlah paper diletakkan lebih daripada requirements sebab SV nak cepat naik pangkat.

11. Ada yang sanggup guna duit sendiri untuk bayar kepada universiti luar negara supaya berikan geran antarabangsa kepadanya, sebagai investment untuk naik pangkat.

12. Curi idea orang lain- panggil team dari universiti lain untuk brainstorm konon nak apply geran sama-sama, ended up idea dari brainstorm tu untuk dia dapatkan geran dan makan sorang-sorang.

13. Apply geran industri bukan dengan niat selesaikan masalah industri betul-betul, tapi cukup untuk diposterkan- saya dapat geran industry- tick requirement untuk naik pangkat- tapi masalah tak selesai jugak – so losing trust daripada industry – orang lain nak apply pun tak lepas dah.

14. Student PhD/Master by research duduk kasta paling bawah – kena herdik, kena ‘palau’, bila tak produktif – bukannya nak kena scaffold.

15. Universiti nak naik ranking – tapi kemudahan tak ada- nak analisis sample pun kena hantar luar- nak beli material pun tak ada bajet.

16. Structured KPI hanya terpakai untuk yang bawah- yang atas boss tak ada KPI – hanya visibility sahaja memadai.

17. Universiti main game number dalam ranking, tekan pensyarah publish dan cari geran, pensyarah tekan pelajar publish banyak paper supaya dapat meet KPI- tak ada natural growth yang akhirnya memberikan kesan kepada kesihatan mental pensyarah dan pelajar.

18. Support staff akademik kena support oleh ahli akademik. Customer service experience tak ada. Student dimaki-maki sahaja. Pensyarah pun terkono.

Haa korang sambung la pulak, as I said this is based on my observation dan pastinya bukan terjadi untuk semua.. tapi saya yakin at least we’ve met few of these. Kalau ada yang in denial benda ni terjadi, samada you’re too NAIVE ataupun you’re part of the SCHEME.

BACA:

Schawal dikecam ‘didik’ anak pakai kostum Halloween

Zamani kini ditidurkan, minta doa rakyat Malaysia

Baby Shima dedah ‘Bang Jamal’ sebenarnya Mamat, kena scam kita semua