Penonton terkilan dengan lambang ‘illuminati’ di konsert GV9

Penonton terkilan dengan lambang ‘illuminati’ di konsert GV9. Semalam berlangsungnya konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang memaparkan persaingan sengit para peserta.

Bagaimanapun, ada cerita tak sedap didengar apabila tular video memaparkan persembahan salah seorang peserta yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok, dapat dilihat Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider mempersembahkan lagu Angin daripada kumpulan Dewa19.

Penonton terkilan dengan lambang 'illuminati' di konsert GV9

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila terpampang satu lambang pada skrin di atas pentas ketika persembahan iaitu lambang mata satu yang simbolik dengan ‘dajjal’ dan agenda illuminati.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa serta meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang terlibat dengan program tersebut membenarkan lambang itu berada di atas pentas.

Bagaimanapun, ada juga menjelaskan bahawa lambang tersebut diambil daripada cover album berkenaan daripada kumpulan band terkenal Indonesia, Dewa19 dan ianya sudah lama digunakan.

Terdahulu, anggota kumpulan Dewa19 iaitu Ahmad Dhani menafikan ia adalah lambang mata dajjal dan penuh dengan illuminati.

Sebaliknya cover dari album Cintailah Cinta itu dilukis oleh seorang pelukis dan dalam mata berkenaan ‘ada’ mata lain dalamnya.

@cikpuanlaila mohon jangan kecam.. aku cume nk tau je.. 🤔🤔 #gegarvaganza2022 #gegarvaganza ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

BACA:

‘Private party’ di banglo, pelajar sekolah antara ditahan

Jangan pilih parti suka fitnah, penipu – Dusuki

Ekonomi gig tak akan bertahan lama, pakar nasihat rider sedia ‘exit plan’