Penjawat awam kena cabul, samun ketika balik kerja

Penjawat awam kena cabul, samun ketika balik kerja. Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam.

Menurutnya, mangsa mendakwa diekori seorang lelaki tidak dikenali dari tempat letak kereta sehingga ke koridor aras sembilan berdekatan rumah mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang semalam ketika wanita berusia 30-an itu berjalan menuju ke rumahnya.

Beliau berkata, mangsa yang masih bujang mendakwa wang tunai berjumlah RM300 di dalam beg tanganya turut dilarikan suspek.

Asmadi berkata, mangsa sempat menumbuk suspek di bahagian pipi kanan dan menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri selepas jeritan didengari penghuni.

Penjawat awam kena cabul, samun ketika balik kerja
siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan berisi selain berketinggian kurang lima kaki serta berbaju-T warna putih dan berseluar trek hitam.

“Mangsa masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku dan usaha memburu suspek sedang dilakukan melalui kaedah fotofit.

BACA:

Wanita hamil dedah suami ada wanita simpanan, dedah segalanya di TikTok

Bakal disaman oleh bekas suami Emilia Hanafi, ini respon Mona Din

1 dollar Singapura dijangka cecah RM3.22 dalam beberapa bulan