Penjawat awam bakal terima Bantuan Khas Kewangan pada 17 Januari. Bantuan Khas Kewangan 2023 untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari depan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, bayaran Bantuan Khas RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.
Katanya, Bantuan Khas RM350 akan dibayar kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.
Turut menerima Bantuan Khas RM350 adalah pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.
JPA memaklumkan, mana-mana pihak yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui emel di alamat [email protected]
BACA:
Kadar faedah dijangka naik lagi bulan hadapan?
Dulu asyik ingat buat duit, tak fikir panjang – Aisar Khaledd
Usia perkahwinan 15 tahun, Lisdawati dedah sikap panas baran suami