Penjaga kubur demam seminggu nampak wanita misteri lawat kubur!

Penjaga kubur demam seminggu nampak wanita misteri lawat kubur!

Penjaga kubur demam seminggu nampak wanita misteri lawat kubur! KEHILANGAN kerja ketika pandemik membuatkan Ali buntu apatah lagi usahanya mendapatkan pekerjaan baharu tidak berhasil sehingga dia memutuskan untuk pulang ke kampung.

Itu pun kebetulan kenalannya memberitahu ada kerja kosong sebagai penjaga kubur. Pada awalnya hati Ali berat menerima tawaran itu namun mengenangkan perlu menanggung isteri dan anak yang berusia dua tahun, dia setuju melakukan pekerjaan itu.

Ali menyewa sebuah rumah berdekatan dengan kawasan kubur dan meskipun ada rasa takut perlu menjaga kawasan tersebut namun dia menganggap tugasnya itu tidak sukar seperti disangkakan.

Tugasnya mudah, dia perlu memastikan tiada orang luar yang masuk ke kawasan kubur dengan niat tidak baik seperti penagih dadah, kaki judi atau pengamal ilmu hitam.

“Biasanya saya akan buat rondaan tiga kali pada waktu siang dan dua kali pada waktu malam. Alhamdulillah tiada kejadian pelik yang berlaku.

“Rasa takut dan gementar itu perkara biasa apatah lagi jika meronda pada waktu malam,” katanya.

Ali memberitahu dia cuba memberanikan diri dan mengekori wanita tersebut namun kelibatnya lesap selain tidak menjumpai jalan keluar melalui kawasan semak tersebut.

Gagal menemui wanita itu, Ali pergi ke kubur yang disinggahi wanita itu sebelum ini dan tertera nama seorang wanita yang sudah meninggal dunia hampir 50 tahun lalu.

“Beberapa minggu kemudian ketika saya membuat rondaan pada waktu malam, saya sekali lagi terserempak dengan wanita sama. Kebetulan bulan sedang mengambang jadi pekat malam bercahaya dan mudah mengesan kelibat perempuan itu.

“Kebetulan saya meronda menggunakan basikal, jadi mungkin dia tidak sedar kehadiran saya… Saya terdengar suaranya sedang menangis di tepi kubur yang sama,” katanya.

Ketika asyik memerhatikan wanita itu, Ali berkata, dia tiba-tiba menolehkan wajah ke arahnya sebelum menjerit meminta supaya jangan mengganggunya.

Dalam kesamaran malam dan sinaran cahaya bulan, Ali dapat melihat wajahnya dengan jelas kali ini – berambut panjang dan wajah yang agak menakutkan.

“Belum sempat saya mendekatinya, wanita itu berlari masuk ke kawasan semak dan hilang begitu sahaja.

“Saya berlari lintang pukang kerana berasa takut sebelum saya mendengar suaranya lagi yang meminta saya tidak mengganggunya… apabila saya pandang ke atas, ia sedang bertenggek di atas pokok,” katanya.

Apa yang berlaku seperti mimpi kata Ali dan memorinya hilang bagaimana dia boleh sampai di hadapan rumah. Kata isterinya, Ali pengsan di hadapan pintu.

“Isteri temui saya pada keesokan harinya ketika dia membuka pintu… Saya langsung tidak ingat apa berlaku selepas itu.

“Hampir seminggu saya demam dan isteri memanggil seorang ustaz untuk memulihkan semangat saya. Alhamdulillah tiada kejadian pelik berlaku selepas itu dan saya tetap meneruskan kerja sebagai penjaga kubur,” ujarnya.

Sudah hampir dua tahun berlalu, Ali berkata, ada ketikanya dia akan terfikir mengenai wanita itu namun dia tidak pernah muncul lagi di kawasan kubur.

hitam, malam wajah menakutkan bertenggek atas pokok

Share

X
Utama
Menu

Video

Carian
MISTIK
Penjaga kubur demam seminggu nampak wanita misteri lawat…

MISTIK
Misteri… penduduk kampung ini dilarang jual nasi, jika ingkar…

MISTIK
Sekeluarga badan lebam-lebam, ditindih makhluk berbulu… ibu…

MISTIK
Meremang! Ada masa anak menangis, kadang tersenyum pandang…

MISTIK
Penjaga kubur demam seminggu nampak wanita misteri lawat kubur! Pagi berselendang hitam, malam wajah menakutkan bertenggek atas pokok
Khamis, 04 November 2021 9:30 AM
Kelibat menyerupai seorang wanita di tanah perkuburan. -Gambar sekadar hiasan
KEHILANGAN kerja ketika pandemik membuatkan Ali buntu apatah lagi usahanya mendapatkan pekerjaan baharu tidak berhasil sehingga dia memutuskan untuk pulang ke kampung.

Itu pun kebetulan kenalannya memberitahu ada kerja kosong sebagai penjaga kubur. Pada awalnya hati Ali berat menerima tawaran itu namun mengenangkan perlu menanggung isteri dan anak yang berusia dua tahun, dia setuju melakukan pekerjaan itu.

Ali menyewa sebuah rumah berdekatan dengan kawasan kubur dan meskipun ada rasa takut perlu menjaga kawasan tersebut namun dia menganggap tugasnya itu tidak sukar seperti disangkakan.

Tugasnya mudah, dia perlu memastikan tiada orang luar yang masuk ke kawasan kubur dengan niat tidak baik seperti penagih dadah, kaki judi atau pengamal ilmu hitam.

“Biasanya saya akan buat rondaan tiga kali pada waktu siang dan dua kali pada waktu malam. Alhamdulillah tiada kejadian pelik yang berlaku.

“Rasa takut dan gementar itu perkara biasa apatah lagi jika meronda pada waktu malam,” katanya.

Kubur

 

Meronda di kawasan kubur pada waktu malam sudah menjadi kebiasaan buat Ali.

Kelibat wanita berbaju kurung hijau, berselendang

Bagaimanapun ketakutannya dapat dirasai apabila terlihat kelibat seorang perempuan berbaju kurung hijau dan berselendang hitam sedang duduk di tepi sebuah kubur ketika dia membuat rondaan pada pukul 9 pagi!

Tanpa mengesyaki apa-apa, Ali memberhentikan motosikalnya dan memerhatikan wanita itu memandangkan lokasi kubur itu terletak agak jauh ke dalam.

“Sebaik sahaja dia perasan saya sedang memerhatikannya, perempuan itu bangun dan bergerak meninggalkan tempat itu.

“Ketika wanita itu berjalan ke arah saya, segera saya perkenalkan diri namun sepatah kata dia tidak menjawab dan berlalu pergi ke kawasan semak di tepi kawasan kubur.

“Saya mula tertanya-tanya mengapa dia masuk ke kawasan semak itu dan ke mana arah tujuannya,” ceritanya.

Baca:Aliran trafik sesak di laporan sebelum Tol Gombak

COMMENTS