Penipuan kerja, 3,000 rakyat Malaysia terperangkap

Penipuan kerja, 3,000 rakyat Malaysia terperangkap. Dianggarkan kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang merana termasuk masih terperangkap di negara berisiko sindiket penipuan kerja seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Jumlah itu berdasarkan aduan dan maklumat yang diperoleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menyelamatkan kesemua mangsa yang diperdaya sindiket berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman berkata, sindiket itu turut dianggotai rakyat Malaysia yang bertindak sebagai ejen untuk mencari mangsa di negara ini.

“Ejen-ejen ini akan bertindak memperdaya anak muda untuk mengikut mereka bekerja di luar negara. Mereka menunjukkan beberapa gambar keseronokan bekerja dan keadaan di sana bagi meyakinkan mangsa.

“Mangsa kebanyakannya golongan muda akan terpengaruh, tambah pula mereka menawarkan gaji lumayan mencecah RM6,000 sebulan,” katanya ketika Perhimpunan Kemanusiaan Bagi Mengingati Anak Malaysia Yang Ditahan, Dipaksa, Diperdagang dan Diseksa di Myanmar, di hadapan Kedutaan Myanmar, di Jalan Ampang, malam ini.

Penipuan kerja, 3,000 rakyat Malaysia terperangkap

Perhimpunan turut dihadiri Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim.

Kira-kira 100 ahli NGO dan waris mangsa turut sama pada perhimpunan itu sambil memegang lilin sebagai tanda peringatan dan mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia daripada sindiket penipuan itu.

Sementara itu, Hishamuddin mencadangkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa di Myanmar, Laos dan Kemboja serta Interpol untuk memberi perlindungan kepada kakitangan kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

Ini kerana, katanya, berdasarkan maklumat kakitangan kedutaan turut berdepan ancaman dan risiko keselamatan ketika mahu menyelamatkan mangsa.

BACA:

Yakin menang besar PRU15, MKT UMNO mahu parlimen bubar segera

Dikecam berpakaian seksi, ini jawapan balas Dolla

Anna Jobling kesal ibunya dihina