Peniaga sarapan pagi hilang pelanggan sekelip mata kerana arahan waktu operasi baharu

Peniaga sarapan pagi hilang pelanggan sekelip mata kerana arahan waktu operasi baharu

Inilah nasib peniaga makanan apabila peraturan di buat oleh orang yang tak pernah lalui kehidupan sebagai rakyat bawahan.

Sahabat saya Mohd Rodzuan sudah berpuluh tahun berniaga makanan pada waktu pagi untuk pekerja kilang di kawasan Perai dari jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Tiba-tiba kerajaan buat peraturan peniaga makanan cuma boleh berniaga bermula jam 8.00pagi.

Maksudnya dia kehilangan pelanggan dari jam 6.30 hingga 8.00 pagi iaitu pelanggan yang masuk kerja pukul 7.00 dan 8.00 dan inilah natijahnya terpaksa menanggung kerugian begitu banyak makanan tidak dapat di jual.

Bukan saja peniaga sepertinya saja akan menanggung kerugian malah makcik-makcik yang mencari rezeki dengan membuat kuih dan nasik lemak yang meletakkan jualan mereka di kedai ini juga akan menanggung kerugian.

Kita bukan menentang peraturan malah kita sentiasa menyokong usaha-usaha kerajaan dari PKP 1 lagi demi untuk kesejahteraan negara Malaysia dengan harapan kita akan kembali dengan kehidupan lebih baik seperti dulu tapi kita berharap setiap peraturan yang di buat tolonglah ambil kira atau pandangan rakyat bawahan seperti peniaga kecil ini.

Sumber:

COMMENTS