Peniaga pelitup muka mula garu kepala

Peniaga pelitup muka mula garu kepala. Status pemakaian pelitup muka di negara ini yang dijangka diumumkan kerajaan, esok menyebabkan peniaga dan pemborong ‘barang wajib’ itu mulai bimbang bakal berdepan kerugian.

Peniaga, Anwar Arif berkata, dia mungkin terpaksa menjual baki pelitup muka pada harga separuh jika kerajaan memansuhkan pemakaiannya.

Katanya, setakat ini stok pelitup muka yang masih dalam simpanan dianggarkan 20,000 keping.

“Jika kerajaan tarik balik arahan memakai pelitup muka memang menyebabkan peniaga mengalami kerugian. Saya perlu akur dengan arahan itu walaupun stok banyak lagi yang belum terjual,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sejak kelonggaran diberikan kerajaan, jualan pelitup muka juga merosot sehingga 50 peratus.

Peniaga pelitup muka mula garu kepala

Katanya, dia kini sedang memikirkan perniagaan lain bagi menjana pendapatan selepas penjualan pelitup muka merosot.

“Saya mula berniaga sejak Jun 2020 dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana ia menjadi keperluan wajib rakyat.

“Tapi kini perniagaan sudah semakin merosot dan demi survival saya perlu cepat mencari produk lain untuk dijual,” katanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan keputusan pemakaian pelitup muka, esok.

Katanya, keputusan yang bakal dibuat itu sudah mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam dan masyarakat.

BACA:

38 cek Ambank dikeluarkan oleh Najib, dedah pegawai

Lizzy buat hal lagi, terbeliak mata netizen perasan sesuatu yang tak kena

Doktor ramal hidup 6 bulan lagi, lelaki ini tetap gigih cari rezeki