Peniaga ikan siakap “kayangan” Langkawi bakal berdepan denda RM50,000

Peniaga ikan siakap “kayangan” Langkawi bakal berdepan denda RM50,000

Peniaga ikan siakap “kayangan” Langkawi bakal berdepan denda RM50,000.Peniaga di Langkawi, Kedah yang tular awal bulan ini kerana menjual hida­ngan ikan siakap lebih RM1,000 bakal dida’kwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit telah ga’gal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

Memetik laporan  Kosmo, Beliau berkata, peniaga terbabit telah memberi kerjasama baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) namun maIangnya ga*gal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Sebelum ini tempoh penghantaran dokumen terperinci terbabit telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesiIapan tersebut.

Peniaga

“Begitupun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu. Kertas siasa’tan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Taman Pengeluaran Makanan Peradong, Manir di sini hari ini.

kosmo juga dalam laporanya bertarikh 4 November lalu sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan see*kor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Rosol berkata, tindakan terbabit dikenakan ekoran kegaga*lan peniaga itu menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

Jelasnya, peniaga itu akan dida’kwa Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan huku*man denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika sabit kesaIahan.

BACA: Selepas tular ikan siakap harga kayangan ,pemilik restoran tampil perjelaskan

COMMENTS