Pengurus restoran disimbah sup panas

Pengurus restoran disimbah sup panas

Pengurus restoran disimbah sup panas.berdasarkan Lapor Daily Mail, Jannelle Broland, 24, disimbah dengan sup menudo Mexico pada 7 November lalu selepas seorang pelanggan wanita yang berada di restoran Sol de Jalisco di Temple mendakwa sup dipesannya sangat panas sehingga penutup plastik pada bekasnya mencair ke dalam kuahnya.

Dalam satu video yang tular, Broland dilihat bercakap dengan wanita itu sambil membuka penutup bekas sup dan menunjukkan ke arah pelanggannya.

Berdasarkan rakaman, pelanggan yang marah itu secara tiba-tiba melemparkan sup tersebut ke arah Broland lalu menarik rakan lelakinya dan terus meninggalkan restoran terbabit.

restoran

Gara-gara berang selepas menemukan plastik cair dalam menu yang dipesan, seorang wanita di Texas menyimbah sup pedas terhadap pengurus restoran rangkaian makanan segera Mexico yang popular.

Pengalaman itu sendiri amat trauma dan menyayat hati. Saya merasakan semangat saya hancur apabila seseorang boleh melakukan tindakan demikian dan kemudian ketawa mengenainya,” kata Broland.

Menurut Broland, pada mulanya, wanita itu menghubungi restoran berkenaan untuk membuat aduan berhubung penutup plastik tersebut.

“Dia enggan bertenang walaupun saya menawarkan makanan percuma sebagai ganti dan bayaran balik.

“Malah, setiap kali apabila saya menyebut perkara ini, wanita itu akan memotong percakapan saya dengan menyatakannya sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Pelanggan wanita yang tidak dikenali itu boleh menghadapi tuduhan jenayah atas perbuatannya.

Baca:Makhluk asing didakwa sudah berada di Bumi- Pakar

COMMENTS