Pengunjung kecoh temui hidupan laut seperti makhluk asing

Pengunjung kecoh temui hidupan laut seperti makhluk asing.Satu makhluk aneh yang dikatakan memiliki rupa seperti makhluk asing telah ditemui di pesisir sebuah pantai di Britain, lapor akhbar Metro UK.

Makhluk tersebut ditemui di pantai Bennar, berhampiran di Gwynedd, Wales Utara.

Seorang wanita bernama Shell Longmore, yang sering melawat pantai berkenaan menyiarkan imej makhluk tersebut di Facebook ketika cuba mengetahui jenis hidupan yang ditemuinya.

Status Longmore menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial memberi komen bahawa makhluk itu bagaikan mimpi ngeri yang menjadi nyata.

“Saya fikir saya telah melihat semua hidupan liar tempatan sehingga saya menemui makhluk ini.

Pengunjung kecoh temui hidupan laut seperti makhluk asing

“Ia adalah makhluk yang kelihatan pelik tetapi sangat cantik,” kata Longmore.

Dengan mempunyai cakar seperti cangkerang, makhluk itu dikenal pasti sebagai berasal daripada kumpulan teritip atau siput laut Gooseneck.

Dianggap sebagai amat hodoh, ia sebenarnya dijadikan hidangan istimewa yang jarang ditemui, dikenali sebagai ‘percebes’ dengan rasa daging yang manis dan masin.

BACA:

Mufti Perlis kena saman fitnah berjumlah RM2 juta

Raih RM3,000 sehari jual Musang King, peniaga wanita ini luah rasa terkejut

Bayar hutang RM20k dalam tempoh 2 bulan, wanita ini kongsi 3 tips mudah