Penghuni apartmen terkejut kehadiran makhluk tanpa kepala

Penghuni apartmen terkejut kehadiran makhluk tanpa kepala. Para penduduk hidup dalam ketakutan selama 2 hari gara-gara kemunculan seekor haiwan misteri bertenggek atas sebatang pohon berhampiran sebuah apartment di Krakow, Poland.

Makhluk tersebut dikatakan sudah berada di atas pohon itu selama sekitar dua hari, kewujudannya membuatkan para penghuni bertindak menutup tingkap mereka.

Susulan itu, salah seorang daripada penghuni tersebut telah melaporkan kewujudan ‘haiwan’ pelik itu kepada badan kebajikan haiwan, mendakwa spesies berwarna coklat itu telah ‘bertenggek’ di pohon berkenaan tanpa sebarang pergerakan.

“Ia duduk di situ berhari-hari dan semua takut dengannya. Datang dan kutip haiwan itu,” kata pemanggil berkenaan seperti dilapor Global News.

Jelas portal itu, staf di badan kebajikan berkenaan bertanya jika haiwan itu adalah seekor burung, namun pengadu tersebut mendakwa ia kelihatan seperti iguana.

Penghuni apartmen terkejut kehadiran makhluk tanpa kepala

Susulan itu, pihak badan kebajikan telah hadir ke tempat kejadian bagi meneliti ‘haiwan’ misteri berkenaan.

“Kulit perangnya berkilat di bawah matahari. Kami perhatikan dengan dekat, dan ia tiada kaki atau kepala,” tulis wakil badan tersebut.

Apabila pegawai itu berkata, kemungkinan ia seekor burung yang sakit, wanita itu menafikannya, lapor Times Now News.

Namun, apabila pasukan penyelamat datang ke lokasi yang diberikan penghuni tersebut, mereka menerima satu kejutan. Makhluk itu sememangnya tidak bergerak terus dan tidak memiliki kaki dan kepala.

Hasil penelitian, mereka akhirnya mendapati haiwan yang digeruni itu rupanya adalah sebiji croissant yang dipercayai dibuang untuk burung-burung, namun tersangkut di atas pokok berkenaan.

Penduduk Apartment Dilanda Ketakutan Dengan Kehadiran Makhluk Tak Berkepala Dan Tiada Kaki Bertenggek Atas Pokok

BACA:

MPV mewah dari China, Hongqi HQ9 memukau ramai

Pesara tentera tinggal di pondok usang selepas rumah diroboh

Warga emas dilapor hilang secara misteri akhirnya ditemui, tak jauh pun..