Pengerusi DAP Melaka umum letak jawatan

Pengerusi DAP Melaka umum letak jawatan

Pengerusi DAP Melaka umum letak jawatan.Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew meletakkan jawatannya pada hari ini.

Beliau bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertanding di kerusi Bemban namun kalah dalam pertandingan tiga penjuru tersebut

Calon Perikatan Nasional Dr Mohd Yadzil Yaakub memperoleh 4,211 undian menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Koh Chin Han yang memperoleh 3,883 undian dan Tey Kok Kiew (3,095)

Dalam PRN Melaka terdahulu, Tey Kok Kiew bertanding di DUN Bandar Hilir dan menang di situ.

Menurut laporan portal The Malaysian Insight beliau meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab atas kegagalan partinya mempertahankan lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, lapor Sin Chew.

DAP menang hanya empat daripada lapan kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri Melaka semalam.

Keputusan Rasmi PRN Negeri Melaka menyaksikan Barisan Nasional memperolehi 21 kerusi dun Dan PH hanya 5 kerusi Dan Perikatan Nasional 2 kerusi .

 

“Ini adalah keputusan peribadi saya. Saya ingin memohon maaf kepada ahli DAP, rakan sekutu PH dan penyokong kami kerana gagal mencapai sasaran kami.

 

“Sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan pilihan raya negeri. Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua negeri, berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

 

Bagaimanapun, Tey berkata dia akan kekal sebagai ahli DAP.

Baca :Penduduk bersedia hadapi fenomena ‘wajib’ tahunan

COMMENTS