Pengamal perubatan tradisional didakwa lakukan jenayah seksual terhadap pesakit

Pengamal perubatan tradisional didakwa lakukan jenayah seksual terhadap pesakit

Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap pesakitnya pada Mac lepas.

Mohd Usri Othman, 49, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 25 tahun di kawasan kebun getah, tapak semaian Risda Bukit Perak, Pendang atas alasan perubatan tradisional lebih kurang jam 3 pagi pada 6 Mac 2021.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 375 (c) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun yang sama.

Hakim Syarifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga diarah melapor diri setiap 1 hari bulan di balai polis berdekatan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sepanjang tempoh perbicaraan.

Tertuduh akan ditahan di Penjara Alor Setar sementara jaminan dijelaskan keluarganya pada Ahad nanti.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Roslan Usman mewakili Timbalan Pendakwa Raya.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140772/EDISI/Utara/Bomoh-didakwa-lakukan-jenayah-seksual-terhadap-pesakit

COMMENTS