Penduduk menemui objek seakan-akan emas

Penduduk menemui objek seakan-akan emas

Penduduk menemui objek seakan-akan emas .Penemuan batu yang disangka emas itu tular di Facebook Selasa lalu selepas dimuat naik beberapa individu, namun kawasan berkenaan ditutup keesokannya selepas dikerumuni orang ramai termasuk dari luar daerah.

Kawasan ini sebenarnya tapak pembinaan projek tebatan banjir yang sedang diusahakan oleh kerajaan. Malah batu itu ditemukan seorang pekerja yang menjalankan kerja di sana.

“Selepas khabar penemuan batu keemasan ini tersebar kepada penduduk kampung, ramai yang menyerbu ke lokasi sehingga ke lewat malam menyebabkan pihak pengurusan projek terpaksa menutup kawasan berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro Keghairahan sebilangan penduduk Kampung Bukit Lata, di sini, yang menemui objek seakan-akan emas terjawab, apabila ia disahkan batu biasa oleh pengusaha kedai emas tempatan.

“Tidak mengapa, tiada rasa menyesal atau malu kerana ia suatu pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini, lagipun penemuannya memang seakan-akan emas.

“Selepas kisah penemuan ini tular di laman sosial memang ramai ‘orang luar’ yang dilihat datang ke kawasan ini namun ia sia-sia sahaja kerana lokasi terbabit sudah ditutup awal oleh pihak pengurusan bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

BACA: iPhone Menggunakan Port USB-C Pertama Dunia Berjaya Dijual

COMMENTS