Penduduk Kampung Sungai Baru terus tuntut keadilan

Penduduk Kampung Sungai Baru terus tuntut keadilan. Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru di Kampung Baru di sini masih tidak berpuas hati dan akan menuntut keadilan terhadap nasib 37 penduduk yang menerima pampasan rendah daripada pemaju.

Pengerusinya, Lele Suzana Kudari berkata, nilai RM500 per kaki persegi ditawarkan adalah sangat rendah berbanding nilai tawaran semasa penilai swasta iaitu antara RM1,500 hingga RM2,000 per kaki persegi tidak termasuk bangunan.

“Kalau kita imbau kembali, tawaran yang pernah dibuat oleh kerajaan pada tahun 2019 melalui Perbadanan Kampung Baru (PKB) pada masa itu (tiga tahun lepas) ialah RM850 per kaki persegi.

“Ini adalah tanah di bawah ‘Malay Agriculture Settelment’ iaitu tanah yang ada sekatan kepentingan berbanding tanah di Sungai Baru ini pula adalah tanah tiada sekatan kepentingan.

“Mana mungkin tanah yang dinilai oleh JPPH (Jabatan Pernilai dan Perkhidmatan Harta) pada tahun 2019 berharga RM850 per kaki persegi turun kepada RM500 per kaki persegi pada 2022, bukankah tanah di tengah Bandaraya Kuala Lumpur harganya semakin naik bukannya turun,” katanya.

Penduduk Kampung Sungai Baru terus tuntut keadilan

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kampung Sungai Baru yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Ahad.

Dalam pada itu, Lele Suzana berkata, jawatankuasa itu akan terus menyatakan bantahan termasuk menuntut janji-janji yang telah dibuat pemimpin kerajaan termasuk Menteri Wilayah Persekutuan yang sudah tiga kali bertukar.

“Janji ini tidak ditunaikan ketika sesi perbicaraan berlangsung dan kami sebagai pemilik tanah rasa seperti dipermainkan, di mana kami hendak letakkan harapan jika tidak kepada mereka,” katanya.

ini cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.

Kesemua mereka selesai menghadiri sesi pendengaran kedua yang berlangsung selama tiga hari bermula Rabu di Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Wisma JUPEM.

Ketika ditanya apakah tindakan akan dilakukan jawatankuasa itu selepas ini, peguam, Khairul Shahrizan Hamizi pula berkata, penduduk terbabit akan membuat bantahan ke peringkat lebih tinggi.

“Perbicaraan di hadapan pentadbir tanah telah selesai minggu lepas (pada 24 hingga 26 Ogos), pampasan juga telah diberikan namun rata-rata kesemua pemilik tidak bersetuju dan menganggap jumlahnya adalah rendah serta menindas.

“Langkah seterusnya penduduk akan menfailkan Borang N dengan pentadbir tanah dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi pula bagi menentukan pampasan sewajarnya untuk diberikan kepada penduduk terbabit,” katanya.

 

Tambahnya, penduduk mempunyai masa 42 hari untuk menfailkan Borang N dengan pentadbir tanah dan ia akan dilakukan. Dari segi teknikal ia bukan satu rayuan tetapi sebagai bantahan terhadap tawaran yang diterima mereka.

BACA:

Mahu bubar segera kerana takut dijatuh hukuman, ini penjelasan Zahid

Jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) 2022, mohon sekarang