Penduduk kampung gempar jumpa patung berbalut kain kafan

Penduduk kampung gempar jumpa patung berbalut kain kafan

Penduduk kampung gempar jumpa patung berbalut kain kafan.Penduduk sebuah kampung di wilayah Sulawesi Selatan gempar apabila menemui lima patung kecil yang dibungkus dengan kain kafan di sebuah kawasan perkuburan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Bukan itu sahaja, patung-patung tersebut turut dicucuk dengan berpuluh-puluh batang jarum yang dipercayai merupakan angkara perbuatan sihir.

Berdasarkan sebuah klip video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Lia Narliah, patung tersebut ditemui oleh seorang penggali kubur ketika ingin menggali tanah bagi mengebumikan jenazah penduduk kampung.

Enam tahun tidur sekatil akhirnya terbongkar cerita sebenar

Bagaimanapun, ketika baru mula mencangkul, dia terkejut apabila menemui lima patung menyeramkan itu yang dibungkus dengan kain kafan serta dicucuk dengan jarum.

“Penggali kubur menemui lima patung yang kelihatan sama ketika baru mula menggali.

Jiran bantu redah air paras leher selamatkan bayi, wanita bersalin dalam banjir

“Berdasarkan keadaannya, patung-patung itu kelihatan seperti sudah lama ditanam. Kain kafan tersebut juga kelihatan telah buruk,” ujar Lia.

Patung tersebut kemudiannya diletakkan di dalam sebuah kotak dan akan ke balai polis sebelum dibakar oleh penduduk kampung.

BACA Juga:

Timbunan emas banyak di jumpai di jalur tengah

COMMENTS