Penduduk gempar anak kambing berwajah manusia dilahirkan

Penduduk gempar anak kambing berwajah manusia dilahirkan

Tular Anak kambing berwajah manusia dilahirkan.Seorang petani di India terkejut apabila mendapati seekor kambing peliharaannya melahirkan anak berwajah manusia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian itu menggemparkan penduduk setempat di kampung Gangapur dalam negeri Assam.

Susulan kejadian luar biasa tersebut, rumah petani berkenaan, Shankar Das, 46, dikunjungi penduduk tempatan yang datang untuk melihat sendiri keadaan kambing itu.

“Jiran-jiran datang ke rumah kami. Kesemua mereka berasa terkejut melihatkan rupa anak kambing itu yang menyerupai manusia.

“Kambing tersebut telah pun melahirkan anak sebelum ini. Ini merupakan kelahiran keduanya,’’ jelas Shankar.

Selepas 13 hari bersembunyi akhirnya Long Tiger berjaya diberkas

Di India, kelahiran haiwan yang cacat dianggap sebagai petanda buruk atau nasib malang.

“Di banyak kawasan, ia dianggap sebagai amaran. Orang ramai melihat kejadian kelahiran mutan sebagai petanda daripada Tuhan,” kata seorang jiran, Rakesh Kumar

BACA: Rakan mangsa mati digilis kereta api kini diburu polis

COMMENTS