Pendokong PKR, PH Masih ada harapan kata Rafizi

Pendokong PKR, PH Masih ada harapan kata Rafizi

Pendokong PKR, PH jangan sedih kata Rafizi.Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyarankan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil iktibar dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Dari utusan online Beliau berkata keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti adalah lebih baik sekiranya pimpinan belajar dari PRN itu.

Beliau juga berpesan “Kepada pendokong PKR atau PH yang mahukan negara ditadbir oleh orang-orang yang amanah dan cekap, Jangan terlalu bersedih dan putus harapan. Ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan PKR atau PH belajar dari keputusan ini, tolak ego. Insya-Allah PRU-15 lebih baik,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

PRN Melaka itu menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandinginya.

Lima kerusi tersebut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Ayer Keroh dan Bukit Katil.

BN pula diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Baca :Presiden dan pengerusi perhubungan umno di kompaun

COMMENTS