Pencuri guna taktik baru, bagitahu nak masuk renovate rumah tapi licin semua barang kena rembat

Pencuri guna taktik baru, bagitahu nak masuk renovate rumah tapi licin semua barang kena rembat

Jenayah ni boleh kita katakan seperti satu benda yang tiada penghujung. Bukan sahaja kehidupan dan teknologi yang berubah seiring arus semasa, jenayah pun makin lama makin advance nampaknya!

Korang tengok je lah macam kisah yang berlaku di Indonesia ni, satu kes kecurian yang boleh dikata ‘gila’ dan mesti ramai yang tak sangka dengan kejadian ini.

Habis licin

Mana taknya, seorang lelaki terkejut bila barang-barang dalam rumah mewah peninggalan ibu bapanya habis licin disapu pencuri.

Korang cubalah tengok sendiri gambar-gambar sebelum dan selepas yang lelaki ni kongsikan. Memang mengejutkan, bukan hanya perabot dan kelengkapan rumah sahaja yang dorang ambil malah lantai, pintu dan pemegang tangga turut dirembatnya.

Ingat penyewa yang lakukan

Untuk pengetahuan korang, pada awalnya orang menyangka penyewa rumah tu yang curi barang-barang tersebut. Tapi bila disiasat rupa-rupanya rumah tersebut telah didatangi beberapa individu yang kononnya datang untuk renovate rumah.

Kes ni membuatkan pemilik rumah terpaksa menanggung rugi yang besar sampai mencecah 500 juta rupiah (RM 143 ribu).

Banyak oi. Korang tengoklah apa je yang pencuri tu tinggal.

Nampak lori pelik depan rumah

Namun kegiatan tersebut terbongkar selepas ada ahli keluarga yang pelik bila nampak ada lori di hadapan rumah itu.

Buat masa ini, pihak polis masih dalam usaha untuk menangkap dalang disebalik kejadian yang berlaku di Kedoyan, Kebun Jeruk, Jakarta Selatan itu.

Ni licin betul! Memang gila betullah

Sumber:https://lobakmerah.com/mencuri-pon-dah-upgrade-sekarang-pencuri-licik-kata-nak-renovate-rumah-habis-isi-rumah-licin-kena-rembat/

COMMENTS