(video) Penangan selepas Starbucks buka cawangan di Perlis

(video) Penangan selepas Starbucks buka cawangan di Perlis

Penangan selepas Starbucks buka cawangan di Perlis.Lama dinantikan, akhirnya sejarah tercipta di negeri Perlis apabila rangkaian kedai kopi Starbucks secara rasminya telah dibuka pada hari ini.

Pembukaan Starbucks Kangar Jaya, Perlis ini telah menyaksikan pihak Starbucks menawarkan promosi khas buat 500 pelanggan terawal dengan pembelian melibatkan RM50 dan ke atas.

Dalam pada itu, siapa sangka cawangan Starbucks yang baru sahaja dibuka di Perlis pada pagi ini telah menerima sambutan luar biasa daripada para pelanggan di mana para pelanggan terpaksa beratur panjang sebelum membuat pesanan.

Menerusi perkongsian TikTok @ssmyfg, difahamkan terdapat puluhan kereta yang beratur menerusi lorong drive thru dalam menjadi antara pelanggan terawal yang mencuba Starbucks di Perlis ini.

@ssmyfg1st day Starbucks di Perlis be like…. #starbucks #starbucksmalaysia #starbucksperlis #drivethru #kangar #perlis♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Pembukaan Starbucks ini juga nampaknya berjaya membuat para netizen teruja selepas lama dinantikan ramai sejak pengumuman pembukaan kedai kopi popular ini.

Melihat kepada ruangan dalamannya yang luas khusus buat para pelanggan menjamah seleksi hidangan, tidak mustahil Starbucks Kangar Jaya, Perlis akan terus dipenuhi oleh orang ramai dalam tempoh yang panjang.

BACA JUGA

2 jasad ditemui di bawah timbunan kayu buat wartawan menitiskan air mata
Datuk Ayob Khan akan dilantik sebagai Pengarah JSJN

COMMENTS