Penangan Selepas DiviraIkan Harga Siakap Kayangan

Penangan Selepas DiviraIkan Harga Siakap Kayangan

Penangan Selepas DiviraIkan Harga Siakap Kayangan.Pemilik Restoran Sas Rimba, Langkawi Beritahu Keadaan Terkini Rest0ran Beliau Selepas DiviraIkan Harga Siakap Kayangan.

Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.

Selepas

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

Baca :Angkara dendam seorang ah long mati ditetak

COMMENTS