Penampilan Bunga Isme dengan “nose ring” di bahan netizen

Penampilan Bunga Isme dengan “nose ring” di bahan netizen. Nama Bunga Isme bukanlah baharu dalam industri seni tanah air, lebih-lebih lagi dalam kalangan penyanyi dan peminat muzik genre rap.

Pakai nose ring

Baru-baru ini, penampilan Bunga ketika menghadiri kuliah dalam bidang pentadbiran awam di sebuah universiti tempatan mendapat perhatian warganet.

Penampilan Bunga Isme dengan “nose ring” di bahan netizen

Menerusi akaun TikTok, penyanyi berumur 22 tahun itu dilihat memuat naik video memaparkan dia sedang berjalan sambil menyanyi secara ‘miming’ dengan menggayakan baju kurung.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah ‘nose ring’ yang dipakai oleh pemilik nama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari.

Nampak ranggi ke?

Di ruangan komen, rata-rata pengikut mempersoalkan sama ada aksesori itu dibenarkan untuk dipakai ketika berada dalam kawasan universiti.

Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menjadikan imej itu sebagai bahan tawa dan lucu. Ada yang menyamakan dengan mata kail dan keychain.

Hasil pemerhatian OhBulan!, pelantun lagu Hatiku Milikku tidak mengambil hati sebaliknya seronok melayan respons daripada peminat.

@bungaisme.1 Okay kelas habis dh gais #unipurple #fyp #foryoupage ♬ son original – quentin🕷

BACA:

Motorsikal bergesel sesama sendiri semasa berlumba,2 remaja maut

Sajat buat hal tidur dalam live,siap belanja dengkur kepada netizen

Kecoh satu sekolah,kipas siling bilik darjah tiba-tiba terjatuh kena murid