Pemuda Tinggal kereta sebelum jatuh Jambatan Pulau Pinang

Pemuda Tinggal kereta sebelum jatuh Jambatan  Pulau Pinang

Pemuda Tinggal Toyota Prius sebelum jatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang.Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang di Kilometer 8.5 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung dekat sini pagi tadi.

Mangsa, berusia 39 tahun dipercayai dari Kuala Lumpur telah meninggalkan kereta jenis Toyota Prius bersama barangan peribadi di atas jambatan itu kira-kira pukul 4.40 pagi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian dari Pusat Kawalan Trafik Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat melibatkan bot PENGGALANG 12 dan KILAT 4.

Sebuah kereta dipercayai milik mangsa ditemui di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat George Town awal pagi tadi.
“Operasi ini turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan Agensi Pertahanan Awam dengan keluasan pencarian adalah 22.42 batu nautika persegi.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan berhampiran jambatan kedua. Sehingga kini usaha pencarian masih diteruskan.

“Maritim Malaysia memandang serius kes sebegini dan berharap masyarakat tidak mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan membuat keputusan yang terburu-buru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau memberitahu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak Maritim Malaysia dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut

BACA: Antara punca kekalahan PH di Melaka

COMMENTS