Pemuda tertinggal Tupperware ibunya dalam tren ini yang terjadi

Pemuda tertinggal Tupperware ibunya dalam tren ini yang terjadi

Pemuda tertinggal Tupperware dalam tren ini yang terjadi.Tertinggal barang di dalam kereta api adalah satu masalah yang ramai pengguna komuter pernah hadapi.

Baik benda berharga seperti telefon atau dompet, mahupun benda-benda kecil seperti makanan atau earphone, tentunya rasa kecewa bila mendapati barang kepunyaan tiada di tangan sebaik keluar dari kereta api.

Apa yang membuatkan situasi lebih parah adalah jika barang yang tertinggal adalah barang yang dipinjam dari orang lain. Itulah yang dapat disaksikan dalam iklan oleh Rapid KL yang dikongsikan baru-baru ini.

Video yang dimuatnaik di TikTok RapidKL itu menunjukkan seorang remaja tertidur di dalam kereta api dan apabila sampai ke destinasi dia tertinggal Tupperware ibunya.

Sebaik menyedari perkara itu, remaja berkenaan terus gelabah meminta pertolongan pekerja Rapid KL di kaunter untuk mendapatkan semula Tupperware ibunya.

BACA: Tular Video pengantin Peluk cium bekas kekasih depan isterinya

Gelagat pekerja di stesen sebaik Tupperware itu selamat ke tangan pemiliknya mencuit hati netizen. Malah ada yang turut berkongsikan pengalaman tertinggal barang dalam kereta api.

Sumber:https://himpunanceritalawak.com/2021/09/12/iklan-rapid-kl-ini-cuit-hati-ramai-polis-tu-pun-kemain/

COMMENTS