Pemuda terjatuh masa bagi air dekat lembu, “Nasib baik lembu takleh ketawa…”

Pemuda terjatuh masa bagi air dekat lembu, “Nasib baik lembu takleh ketawa…”

Pemuda terjatuh masa bagi air dekat lembu, “Nasib baik lembu takleh ketawa…”Mungkin ada yang pernah melalui kejadian yang memalukan di hadapan haiwan sama seperti yang dikongsikan seorang lelaki ini. Semuanya gara-gara dia yang tergelincir di hadapan lembu peliharaannya semasa cuba memberikan mereka air untuk diminum.

Kejadian itu turut membuatkan netizen berdekah melihatnya sehinggakan video tersebut tular dengan lebih tiga juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut dapat memahami rasa malu yang dialami lelaki itu walaupun ianya hanya disaksikan oleh haiwan sahaja.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang mengisi air untuk diberikan kepada lembu yang berada di dalam kandang itu. Dia kemudiannya mengangkat bekas air tersebut sambil menuju ke arah kandang lembu tersebut.

Namun disebabkan jalan yang agak licin, lelaki itu kemudian tergelincir di situ sehingga membuatkan dia terjatuh. Lebih melucukan, bekas air yang dibawanya itu turut tumpah menyebabkan lelaki itu habis basah lencun dibuatnya.

Kejadian ini turut disaksikan lembu yang berada di dalam kandang tersebut sekaligus membuatkan netizen terhibur melihatnya. Netizen turut berseloroh mujur juga lembu tidak tahu untuk ketawa atau mungkin lelaki itu akan diketawakan oleh mereka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lelaki tersebut. Malah ada yang turut berasa malu seolah-olah mereka pula yang berada di situ melihat kejadian yang berlaku ini.

BACA JUGA : Saintis jumpa fosil ‘naga laut’ berusia 180 juta tahun dan terbesar ditemukan di UK
‘Rupanya ramai tak tahu gajah boleh berenang’

COMMENTS