Pemuda maut selepas jatuh ‘flyover’ lepas hantar adik vaksin

Pemuda maut selepas jatuh ‘flyover’ lepas hantar adik vaksin

Pemuda Maut selepas jatuh ‘flyover’ lepas hantar adik vaksin. Hasrat murni seorang abang untuk membawa pulang adiknya selepas menerima vaksin Covid-19 berakhir tragedi apabila dia maut selepas tercampak jatuh dari laluan bertingkat Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Pandan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu maut di tempat kejadian manakala adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan apabila terjatuh di lokasi kemalangan.

Video di sini

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian kemalangan itu dipercayai disebabkan motosikal itu terbabas sendiri dan melanggar tembok konkrik di Kilometer 4 Lebuh Raya EDL.

Berita penuh:https://www.kosmo.com.my/2021/09/24/maut-tercampak-jatuh-flyover/

Baca:Danok Thailand Sedia Terima Pelancong Malaysia

COMMENTS